1. Lengkapkan jadual di bawah.
| Perkara | Pengujian | Pengukuran | Pentaksiran | Penilaian |
| Takrif | Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. | Proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. | Proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. | Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran. |
| Tujuan | Mengetahui sama ada pelajar menguasai kemahiran yang telah diuji. | Menentukan sama ada pelajar mempunyai ciri-ciri yang hendak diukur. | Menentukan skor dan membuat tafsiran | Memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. |
| Alatan | Ujian | Uijan Pemerhatian Temu bual | Ujian | Ujian Projek Tugasan Portfolio. |
2. Nyatakan 4 tujuan / kepentingan penilaian / pentaksiran yang dijalankan.
3. a) Berikan satu takrif kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur.
b) Nyatakan jenis-jenis kesahan.
4. Kebolehpercayaan ialah tahap kecekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dan tiada faktor tertentu yang mempengaruhi.
5. Bagaimanakah cara mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?
6. Berikan takrif domain kognitif berikut.
i. Pengetahuan
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :
1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk
perkataan atau simbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi,
senaraikan, dan nyatakan.
ii. Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
a) Penterjemahan
a) Penterjemahan
Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.
b) Mentafsir (Interpretasi)
Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
Menerangkan idea dalam ayat sendiri.
c) Ekstrapolasi
Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.
iii. Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.
iv. Analisis
Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.
v. Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.
Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan
hubungan yang abstrak.
vi. Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.
7. Banding beza antara Bloom dan Krathwohl
| BENJAMIN BLOOM | Item | KRATHWHOL |
| Kognitif | Domain | Afektif |
| 6 | Bilangan Aras | 5 |
| 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian | Jenis Aras | 1. Penerimaan 2. Gerakbalas 3. Penilaian 4. Organisasi 5. Perwatakan |
No comments:
Post a Comment